Menggunakan OPK , anda hanya perlu mengisi bekas dengan sampel urin/air kencing.Celup strips dalam keadaan menegak. Keputusan akan muncul dalam masa 2-5 minit.
Anda dilarang baca keputusan anda melebihi masa yang diberi.
Bagaimana OPK mengesan peningkatan hormon LH?
Ujian Ovulasi adalah ujian kualitatif digunakan untuk melihat jika terdapat peningkatan hormon LH dalam air kencing.
Secara normal, LH (hormon luteinizing) akan meningkat secara mendadak di tengah-tengah kitaran haid. Peningkatan LH mencetuskan ovulasi dimana telur dikeluarkan secara berkala daripada ovari wanita yang subur. Pakar-pakar WHO menyatakan bahawa ujian LH adalah cara yang paling dipercayai untuk mengesan ovulasi. Ovulasi akan berlaku dalam masa 24-48 jam selepas ujian didapati positif.
Apabila OPK dicelup ke dalam spesimen air kencing, tindakan kapilari adalah untuk menyerap spesimen dan membawanya ke zon ujian(T). Apabila hormon LH di dalam spesimen itu mencapai zon ujian (T), ia akan membentuk satu garis berwarna. Ketiadaan garis berwarna menunjukkan keputusan negatif. Jika terdapat garisan, keputusan mungkin positif (sila rujuk penjelasan di bawah). Sebagai prosedur kawalan, garis berwarna akan muncul di zon kawalan (C), jika ujian telah dilakukan dengan betul.
Ujian mengesan ovulasi ini memberikan tahap keberkesanan yang tinggi untuk membantu anda menentukan kehamilan kerana alat ini dapat menentukan tempoh bahawa telur dan sel sperma akan bertemu dalam keadaan yang terbaik.
Ovulasi boleh menjadi tidak teratur kerana keadaan emosi,pengambilan ubat kesuburan dan faktor-faktor lain dalam kehidupan anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa ovulasi sentiasa berlaku pada masa yang sama setiap kitaran haid. Oleh itu anda perlu menguji sekali lagi dalam setiap kitaran haid.
Anda juga mungkin perlu menggunakan LEBIH daripada satu OPK untuk mengesan hormon LH pada setiap kitaran haid. Kebanyakan strips ovulasi difarmasi mungkin agak mahal untuk dibeli dalam jumlah yang banyak. Dengan LH/Ovulasi Tester Strip kami, moga dapat memberikan anda lebih penjimatan.
Tarikh luput penggunaan adalah 24 bulan dari tarikh pengeluaran seperti tertera di pek OPK.
Keterangan lanjut pengunaan sila ke bahagian [ Apakah OPK ( Ovulation Prediction Kit ) ] di atas.
Keterangan lanjut pengunaan sila ke bahagian [ Apakah OPK ( Ovulation Prediction Kit ) ] di atas.